Guru.net.my logo
Laman UtamaMengenai KamiHubungi Kami Bahasa Inggeris
Guru.net.my
Nama Pengguna:
Kata Laluan:
 
Lupa Kata Laluan? Klik di sini

 
Pusat Pembelajaran
Rujukan
Hiburan & Permainan
Mengenai Kami
 

BERITA HARIAN, akhbar arus perdana yang berpengaruh di Malaysia amat komited terhadap usaha membangunkan modal insan bertaraf dunia. Sejak ditubuhkan pada tahun 1957, BERITA HARIAN sentiasa memberi perhatian kepada bidang pendidikan. Malah, pendidikan dalam BERITA HARIAN diberi keutamaan apabila Unit Akhbar Dalam Darjah (ADD) ditubuhkan pada 1985. Unit ini diperluas dan diperkasakan pada 1999, dan dikenali sebagai Unit Pendidikan atau ringkasnya, UPEN.


BERITA HARIAN adalah media cetak pelopor di negara ini yang memperkenalkan konsep Akhbar Dalam Darjah (ADD) dan menerbitkan sisipan pendidikan yang kandungannya memberi fokus kepada tiga peringkat peperiksaan, iaitu UPSR, PMR dan SPM bagi mempersiapkan calon menduduki peperiksaan berkenaan. Konsep dan idea ini kemudiannya menjadi ikutan media cetak lain.


BERITA HARIAN sehingga kini terus memberi sumbangan dan memainkan peranan penting dalam menjana kecemerlangan pendidikan dengan menjalin hubungan yang rapat dengan pelbagai jaringan Kementerian Pelajaran melalui konsep Permuafakatan Pendidikan.


Fungsi Pendidikan dalam BERITA HARIAN ialah:

  • Sumber pengajaran dan pembelajaran yang berkesan (P&P)
  • Penghubung bilik darjah dengan dunia luar - Akhbar Dalam Darjah (ADD)
  • Pebimbing kecemerlangan peperiksaan melalui DIDIK, MINDA dan SKOR (DMS)
  • Penganjur Klinik, Bengkel dan Seminar Peperiksaan UPSR, PMR dsn SPM.


Pendidikan dalam BERITA HARIAN terus berkembang sejajar dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kini, BERITA HARIAN memperkenalkan laman web: www.guru.net.my yang menjadi medan pengajaran dan pembelajaran pelajar secara maya.