|
Guru.net.my, Berita Harian akan mengadakan pertandingan simulasi peperiksaan pada Sabtu, 24hb Julai 2010 (UPSR) dan pada Sabtu, 31hb Julai 2010 (PMR). Semua pelanggan guru.net (pakej penuh) yang masih sah layak menyertai pertandingan ini secara automatik tanpa perlu mendaftar lagi.
Bagi sesi 2010, subjek-subjek yang akan diuji dalam pertandingan simulasi peperiksaan tersebut adalah seperti berikut:
Peringkat UPSR
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
Peringkat PMR
Sejarah, Geografi, Sains dan Matematik
Bagi mereka yang masih belum melanggan guru.net.my tetapi berminat untuk menyertai pertandingan ini, mereka boleh membuat pendaftaran dengan mana-mana cara seperti berikut:
- Melanggan pakej simulasi peperiksaan secara online melalui laman sesawang, www.guru.net.my. Yuran langganan ialah RM60.00 seorang.
- Membeli sampul yang mengandungi kata laluan dan nama pengguna dijual disemua lokasi program klinik UPSR atau seminar PMR. Kadar istimewa yuran pendaftaran yang ditawarkan kepada semua peserta (klinik/seminar) ialah RM40.00 seorang.
Syarat untuk layak melanggan guru.net di bawah pakej RM40.00 ini ialah pendaftaran mesti dibuat melalui agen-agen yang dilantik oleh Berita Harian di lokasi-lokasi yang mengendalikan klinik didik, seminar pmr dan skor sebagaimana yang telah ditetapkan.
- Membeli sampul surat yang mengandungi kata laluan dan nama pengguna daripada semua pejabat cawangan NSTP di seluruh negara. Yuran langganan bagi kaedah ini RM60.00 per pelanggan.
Setiap pelanggan yang melanggan pakej simulasi peperiksaan ini akan mendapat akses penuh kepada portal guru.net.my termasuk program bahasa Inggeris 'Pronounce Its Right' selama 3 bulan. Pertandingan simulasi peperiksaan 2010 dijangka akan menarik penyertaan lebih dari 10,000 orang pelajar daripada kedua-dua kategori peperiksaan iaitu UPSR dam PMR.
Bagi sesi 2010 ini, Berita Harian menawarkan hadiah-hadiah bernilai berbentuk wang tunai. Setiap pelanggan guru.net.my yang keahliannya masih sah, layak menyertai pertandingan ini dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan, iaitu:
UPSR:
Pertama : RM 3,000.00
Kedua : RM 2,000.00
Ketiga : RM 1,000.00
PMR
Pertama : RM 3,000.00
Kedua : RM 2,000.00
Ketiga : RM 1,000.00 |

Kelebihan Simulasi Peperiksaan Online
Simulasi Peperiksaan Percubaan UPSR adalah satu peluang yang HEBAT untuk para pelajar membuat latihan untuk Peperiksaan UPSR yang sebenar.Semua pelanggan Guru.net.my dan pelanggan Peperiksaan Simulasi Percubaan UPSR and PMR berpeluang menduduki peperiksaan ini.
Kelebihan Peperiksaan Maya
Keputusan Diketahui Segera
Pada kebiasaannya, pelajar yang menduduki peperiksaan mereka di sekolah perlu menunggu untuk satu tempuh yang agak lama sebelum keputusan peperiksaan dapat dikeluarkan. Namun begitu melalui teknologi guru.net.my, sistem komputer boleh mengeluarkan keputusan peperiksaan dengan segera. Pelajar boleh mendapat kembali semua kertas peperiksaan mereka untuk menilai sejauh mana mereka telah menjawab dengan betul disamping mengenalpasti kelemahan mereka yang masih menjejaskan prestasi mereka dalam peperiksaan dan perlu diatasi segera...
Maklumbalas Berguna
Walau pun pelajar telah selesai menduduki peperiksaan mereka masih berpeluang untuk terus belajar. Ini boleh dilakukan melalui modul maklumbalas yang disediakan. Sistem akan terus memberi maklumbalas kepada jawapan mereka tidak kira samada BETUL ATAU SALAH dan maklumat ini akan membolehkan mereka terus belajar.
Mengurangkan Kebimbangan Mengenai Peperiksaan
Satu daripada cabaran yang pelajar perlu atasi apabila menduduki peperiksaan peringkat nasional ialah perasaan bimbang. Kadangkala perasaan bimbang yang tidak terkawal ini boleh menyebabkan pelajar sukar mengingati apa yang mereka telah pelajari seterusnya tidak dapat menjawab dengan baik. Melalui simulasi peperiksaan akan membolehkan pelajar merasai pengalaman menduduki peperiksaan sebenar yang mana akhirnya akan mengurangkan kebimbangan yang sentiasa menghantui mereka.
Memperbaiki Prestasi Pelajar
Secara umumnya pelajar yang menyertai simulasi peperiksaan ini akan menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam peperiksaan yang sebenar kelak. Ini mungkin disebabkan pelajar berpeluang melihat kelemahan mereka dan seterusnya mengambil langkah-langkah segera bagi membaikinya. Akhirnya pelajar sedemikian akan lebih yakin dan tidak bimbang untuk menduduki peperiksaan yang sebenar.
|